Tuesday, April 27, 2010

sekuntum bunga raya merah.

Mungkin kau tak seindah bunga lain
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi

sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi

Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.

Saturday, April 10, 2010

hakikat

Di sudut penjuru ini
aku dambarkan segala
resah dan gelisah
antara mampu atau lesu

tiada yang mahu mati
bersama-sama dosa dunia
tiada yang mahu pergi
sebelum ajal bertemu lagi

aku cuba mengorak langkah
namum semakin parah
sesat di jalan yang terang
tanpa arah tiada halang

mahu memujuk diri
hati tidak percaya lagi
berkali-kali berjanji
namum janji tinggal janji

aku mencari cahaya hidup
di mana letak nya hakikat
di hati atau pada diri sendiri
mati atau tiada jasad lagi.


nota:aku sofi

Sunday, March 21, 2010

kembali

Kau hilang di sisi
di saat ku memerlukan
sunyi sepi di hati ini
tanpa alunan cinta mu

Aku masih ingat saat bersama
di waktu kita berlagu cinta
keserasian antara kita
tiada siapa dapat menghalangnya

Akhirnya kau hadir semula
menemani hidup yang sepi ini
ingin ku menghiburkan hati
agar tenang jiwa ini

Dan kau kembali hiburkan hati
yang sentiasa sunyi dan sepi
ku tidak mahu kehilangan mu
walau sesaat lagi...

Ini janji ku...


lagu:Adan
lirik:sofi

Thursday, March 18, 2010

tanpa mu

Kembali kau di sisi
Umpama mimpi
samar tapi kenyataan
persoalan atau kesimpulan

harus ku terima
atau cuma lakonan
sandiwara terakhir
dari ciptaan mu

biarkan aku sendiri
mencari sinar pelangi
aku mampu berdiri
tanpa diri mu lagi

jangan bicara soal biadap
ini kesimpulan dari hati
jangan inggat tanpa
diri mu aku mati

kau pilih intan berlian
Dan aku cuma kaca
tapi sekarang mengapa
kaca yang kau pilih

Aku cuma kaca
tidak setanding permata
bila kaca sudah pecah
langsung tiada harga

nota:puisi

Wednesday, March 17, 2010

Sendiri

Aku cuba berlari
ke sana ke sini
merata ku mencari
tapi masih tak temui

terjah selagi ada rasa
biar pecah jiwa ini
simpan segala rahsia
jangan sampai di hina

selongkar segala rasa
jangan sorok sorok
muntahkan segala nya
biar lega di dada ini

lelah jiwa
buta mata
pekak telinga
mulut membisu

nota:puisi.

Saturday, March 13, 2010

in lovE

Engkau hadir dalam jiwa
hampir sekian lama ku idamkan
hati bagai di robet gerudi besi
kali pertama bertemu mata

sinar mata mu seolah-olah
pancaran nur matahari
yang bisa memberontakan
jiwa yang kosong ini

senyum dan tawa mu
membuatkan hati ini
ketawa riang seorang
umpama di awang-awangan

ada rasa ada jiwa
yang tersebungi
di hati kosong ini
yang perlu dikau tahui

ada satu rasa
ada satu jiwa
ada satu luahan
ada satu ungkapan

rasa ingin kasih
jiwa mahu di cintai
luahan dari hati mu
ungkapan i luv u

nota:in lovE,adalah puisi.

Thursday, March 11, 2010

Nuuraini

Malam ini
kasih bersemi
dua jiwa berjanji
sehidup semati

bulan di pagari bintang
sebagai saksi cinta kita
moga kekal abadi
nuuraini...

Duhai nuuraini
kau harus mengerti
tiada lain ku sayangi
kau ibarat penawar hati

hadir mu nuuraini
upama bidadari
turun ke bumi
untuk menjadi pemaisuri sejati