Tuesday, April 27, 2010

sekuntum bunga raya merah.

Mungkin kau tak seindah bunga lain
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi

sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi

Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.

Saturday, April 10, 2010

hakikat

Di sudut penjuru ini
aku dambarkan segala
resah dan gelisah
antara mampu atau lesu

tiada yang mahu mati
bersama-sama dosa dunia
tiada yang mahu pergi
sebelum ajal bertemu lagi

aku cuba mengorak langkah
namum semakin parah
sesat di jalan yang terang
tanpa arah tiada halang

mahu memujuk diri
hati tidak percaya lagi
berkali-kali berjanji
namum janji tinggal janji

aku mencari cahaya hidup
di mana letak nya hakikat
di hati atau pada diri sendiri
mati atau tiada jasad lagi.


nota:aku sofi